ebilities testebilities test
  • Dasar Privasi
  • Terma-terma Penggunaan
  • Soalan Lazim
  • Bantuan
Soalan Lazim
EnglishChineseIndonesianKoreanMalaysianThaiVietnamese
Soalan Lazim
Apakah jenis komputer yang saya perlukan?

Keperluan pengendalian minimum yang berikut ini disyorkan:

  • PC/Komputer riba berangkaian atau tersendiri yang dijalankan oleh Windows 98+, pemproses Pentium III (atau yang serupa), RAM 128MB, Internet Explorer 4+ atau Netscape 6.
  • Peleraian skrin yang ditetapkan pada 1024 x 768.

Apakah jenis sambungan Internet yang saya perlukan?

Yang paling penting, sambungan Internet yang stabil diperlukan dan pengesetan keselamatan anda mestilah membenarkan muat turun dan pemindahan aplet java. Jika sambungan anda terputus, sesi ujian anda mungkin tergendala. Sekiranya ini berlaku, anda mesti menghubungi Pengurus Ujian anda – orang yang memberi anda ID Pengguna dan Kata Laluan anda.


Bagaimanakah harus saya bersiap sedia untuk menghadapi ujian ini?

Sebaik-baiknya, anda hendaklah menjalani ujian setelah anda berehat secukupnya. Ujian ini mestilah disiapkan sekali sahaja, jadi pastikan anda meluangkan secukup masa. Jika anda memakai cermin mata, pastikan anda membawanya bersama, dan pastikan bunyi atau gangguan lain diminimumkan. Soalan latihan disediakan dalam semua ujian, dan anda akan menjawabnya setelah anda log masuk untuk memulakan sesi ujian anda. Soalan ini tidak boleh dijawab sebelum itu.


Bolehkah saya menggunakan kalkulator, atau kertas dan pensel semasa ujian ini?

Penggunaan apa-apa alat bantu tidak dibenarkan semasa ujian. Kawasan di sekeliling komputer anda hendaklah dikosongkan.


Apakah yang berlaku apabila saya menyiapkan ujian ini?

Keputusan ujian anda akan disimpan dengan selamat. Pengurus Ujian anda adalah orang yang patut anda hubungi untuk mendapatkan nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.


Bagaimana jika saya sudah pun menyiapkan ujian e-bilities sebelum ini?

Jika demikian, anda mesti memberitahu Pengurus Ujian anda sebelum menjalani ujian ini lagi.


Haruskah saya menjalani ujian ini meskipun saya kurang upaya?

Jika ketidakupayaan anda menyukarkan anda menjalani ujian berasaskan komputer, anda harus menghubungi Pengurus Ujian anda untuk membincangkan perkara ini.
 
Log Masuk Pengambil Ujian »
Log Masuk Penyelia Ujian »